Wednesday, August 25, 2010

BLURR +_+

adakah die DICIPTA untuk aq...??
adakah die yg TERBAEK..?
adakah die da BERUBAH..??
dapat ke die BAHAGIAkn aq...?
sampi bile ktowg bole BERTAHAN..?
kenapa die yg aq ptot aq PILIH..???
salah ke aq SAYANG kn die..??
salah ke aq TIME die..???
ta salah kn tok aq mbri PELUANG pd dri aq dn die..??
ta tkot ke tok DISAKITI lg.??
knpe DIE..??
knpe mst DIE..???????????????????

arrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................mcm2 aq kne pk...mcm kne amek berat.....
aq bnci SITUASI skrg..!!!ya allah..bg ah aq pntunjuk....:((

Monday, August 2, 2010

renung2kn n slmt beramal....:))

aq de bace somthin dr blog de sowg dak ni.....aq ase cm bes jek story die.....jd aq pn copy ah ntpe pngathuan dak tuh...huhuhuhu......so....slmt mbce ah ek..:))


Ketika berusia setahun..
ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia
2 tahun..
ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

Menjelang usia kita
3 tahun..
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia
4 tahun..
ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia
5 tahun..
ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia
6 tahun..
ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia
7 tahun..
ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia
8 tahun..
ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia
9 tahun..
ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia
10 tahun..
ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia
12 tahun..
ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia
13 tahun..
ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia
14 tahun..
ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia
15 tahun..
ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia
18 tahun..
ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia
19 tahun..
ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia
20 tahun..
ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia
21 tahun..
ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

apabila berusia
22-23 tahun..
ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia
24..
ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Ketika berusia
25 tahun..
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun..
ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia
40 tahun..
ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia
50 tahun..
ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.
Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.


Tak susah nak berbakti pada ibu bapa..
Terpulang kepada diri sendiri samaada kita nak lakukan atau pun tidak..
Jangan sampai menyesal dikemudian hari….